PRODUKTIF ATAU TAK PRODUKTIF?


 Image

Hehe.. tajuk berkaitan dengan kajian mengenai ‘’Tahap Produktiviti Malaysia Rendah’’ ..sebab apa?Hari ni dengar Radio HotFm palak, kemukakan isu ni. Sebenarnya hari-hari kiteorang geng-geng office bercakap benda yang sama pun..haha..

Kalau tengok, kajian masa tahun 2011 seperti yang dilaporkan dalam akhbar . Hasil kajian  mengatakan menjadikan negara kita Malaysia menghasilkan pulangan yang lebih rendah. Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.

Image

Ketua Pengarah MPC, Datuk Mohd Razali Hussain berkata, pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti sebanyak RM43,952 setahun (melalui  Laporan Produktiviti 2011 ).

Maknanya, kebanyakan masa bekerja tidak digunakan dengan produktif contohnya menggunakan waktu rehat yang sangat panjang. Tapi macam saya bekerja dalam sektor swasta, tak rasa macam tu pulak sebab 1 jam rehat pun biasanya akan di habiskan setengah jam sahaja.

Alah, memag taklah setiap hari buat macam tu.Kalau kerja boleh dikawal dan di habiskan dalam 1 hari, memang akan menggunakan 1 jam rehat sepenuhnya.

Yang menjadi ersoalannya sekarang, berapa jam sahaja pekerja produktif dalam waktu bekerja contoh nya waktu bekerja adalah i) 8am-4pm ii)9am – 5pm atau iii)9am – 6pm.

Waktu produktif seseorang adalah berbeza dalam waktu jam bekerja. Contohnya pekerja A akan produktif dari puku 11pm hingga ke sebelah petang. Pekerja B pulak akan produktif sebelah pagi sahaja contohnya 8am hingga tengahari dan pekerja C produktif dari pagi 9am hingga sebelah petang 6pm. Tapi ada juga yang memang tak cukup masa pun untuk produktif dala 8 hinga 9 jam waktu bekerja..hahaha

Bagi saya, itu bergantung individu itu sendiri dan bergantung kepada jawatan apa yang dipikul. Memang ada orang yang betul-betul produktif kerja siap dalam masa 4 – 5 jam dan selebihnya terpulang dia nak buat apa. Sebab orang macam ni memang bagus dan produktif..Janji tak buat salah dalam kerja..betul tak? Tak kisahlah produktif ke tak produktif yang penting duit yang kita cari HALAL, sebab kita nak makan dan bagi anak bini suami makan dengan hasil keringat kita…

So, awak produktif ke tidak? :)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s