Belajar lah Untuk Menerima Kenyataan


Kadang-kadang hati berkata ‘mengapa aku harus lalui pengalaman yang tragic dalam hidup?” Bukan sekali, malahan hingga dua tiga kali..

Sering berlakunya kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan..sesekali jterdetik dalam hati kita ‘’Tuhan sayangkan aku ke tidak?Kenapa aku diuji sampai teruk macam ni?’’

Tapi hati cepat tersedar lantas memujuk diri..’Tak mengapa.Itu semua dugaan Allah”. Allah tahu kita kuat sebab itu kita yang terpilih untuk melaluinya..banyak kali pun tak apa.

Maknanya, kita harus belajar menerima kenyataan.Kenyataan yang mana kita harus redha dan pasrah untuk menerimanya.Percaya pada diri sendiri,kita kuat dan cekal hati untuk menempuhi semua itu..

Tapi bukan menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku. Bila kita tida pasrah atau redha..hati kita tak keruan.Mula mencari masalah dengan orang lain. Buat apa? Saja memulakan sengketa kan?

Tak perlu semua itu.Tak perlu jadikan kawan ,rakan sekerja,boss,orang persekitaran,mak bapa jadi punca  terjadinya sesuatu yang tak elok dalam hidupmu.

Belajarlah untuk redha.Belajarlah untuk menerima hakikat. Ini sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya, ”Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.” (QS 98: 8). Belajarlah untuk memperbaiki diri. Tapi bukan belajar untuk menjadi lagi ‘hebat’ yang menyakitkan hati sendiri dan orang lain. Jangan cari ‘lawan’. Sebolehnya elakkan. Tapi,biasa yang kita jumpa..yang biasa kita lihat, masing-masing mencari ‘lawan’. Kalau kita berlawan menjadi hebat dan tidak menyinggung perasaan orang lain..tak mengapaItu namanya perubahan positif.

Bila kita Redha, sama seperti kita mengalah pada takdir, bukan bermakna kita kalah. Tuhan tak akan gelakkan kan kita bila kita mengalah. Cari balik apa silap yang pernah kita buat di masa lampau kita.Perbetulkan, perbaiki diri kita.

Saya lebih suka memgang kata-kata ini:-

Khadimulquran:

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

 

Ini daripada tulisan salah seorang kawan:-

Kita mempersoalkan kuasa Tuhan, sepatutnya Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal .Menunjukkan kita lupa dan alpa. bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, bererti, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba.(Tapi,kadang-kadang saya pula hilang kawalan..haha) 

Sambungan…

‘’Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).

Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.

 

 

P/S:-”Jangan tenggelam dengan masalah. Besarkan Allah maka setiap masalah akan dapat di atasi, insyaallah.”

2 thoughts on “Belajar lah Untuk Menerima Kenyataan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s